Sabtu, 3 Ogos 2013

Amalan Doa Nabi Daud

Assalamualaikum.. Just wanna share a short entry :)
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
tumblr_mn6uwsupj71qapk2qo1_500
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”

Jumaat, 5 April 2013

CARA KOMUNIKASI YANG BERKESAN

 Assalamualaikum :) Cara komunikasi yang berkesan...
Boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda semua.. Insya Allah .. 
Komunikasi yang baik melambangkan siapa diri kita sebenarnya.. Kadang-kadang cara kita berkomunikasi boleh menyebabkan seseorang akan sakit hati atau terasa dengan diri kita..
Sebab itu ada pepatah, ''Lidah lebih tajam daripada pedang'' Jadi,berjaga-jaga ketika berkomunikasi dengan orang lain..
Kami ada sertakan sedikit panduan untuk anda.


Cara Komunikasi yang Berkesan  
1. Sahkan Kewujudan Seseorang
Berkomunikasi dgn cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain.
2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan
Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya @ usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.
3. Bahasa
Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.
4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita
Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi @ suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.
5. Menghargai Orang Lain
Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.

 Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain. Insya Allah :)
Wasalam.

Kata-Kata Inspirasi


Assalamualaikum.. Hai! Dah lama tak bersua kan ? Apa khabar semua ?
Minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak buat entry baru. Sekarang baru nak aktif balik.. Maaf !
Sebagai permulaan,kali ni kami nak berkongsi sedikit kata-kata inspirasi.


Apa itu inspirasi ? Inspirasi ialah ilham. Ilham untuk apa ? Ilham ni banyak.. Mungkin nak ilham macam mana nak dapat kejayaan.. Atau mungkin nak ilham untuk hasilkan sesuatu yang anda minat.. Semua orang ada inspirasi dan juga nak ilham dalam melakukan sesuatu.. 

Kata-Kata Inspirasi

Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan". 

 Kami harap,anda boleh jadikan kata-kata inspirasi tersebut sebagai kunci kejayaan anda.. Insya Allah :)
Jumpa Lagi,Wasalam :D




Rabu, 21 Disember 2011

Buatmu ...Adam dan Hawa

Assalammualaikum....dan selamat sejahtera...



Kali ini UBKSMAKH ingin menjawab pertanyaan sebahagian kaum adam yang ada mengatakan 'kenapa perempuan sombong sangat..??' ataupun 'kenapa perempuan selalu jual mahal..??'

Inilah jawapannya....

Buat kaum hawa di luar sana yang pernah digelar ataupun ada terdengar kaum adam mengatakan anda sombong,, jangan risau dan anggaplah itu sebenarnya perkara yang baik kerana itu menandakan anda sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Buat kaum adam pula..mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka dan mere berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa.Bersyukurlah kerana dia,, anda terselamat daripada melakukan dosa..Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam islam...

Selasa, 1 November 2011

SAHABAT SEJATI !!

 SU,dah lama aku melupakan kau.Tak macam dulu.Contohnya tadi,aku betul-betul lupa, Su.Pagi tadi,aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan.Kelam-kabut aku bersiap untuk ke kelas,mana tidaknya,malam tadi aku tidak tidur semalaman. Homework bertimbun.Matematik tambahan lar,latihan karangan bahasa melayu lar,projek sains tu belum lagi dengan ujian OTI esok.Cikgu-cikgu ni pon satu,macam dah pakat ramai-ramai jer nak bagi homework banyak-banyak.Diorang ingat aku ni ape?robot ke? menyesal aku tak siapkan awal-awal homework tu.Kalau tak,tak delar jadi macam ni.Minta maaf Su.Aku bukannya tak nak jumpa kau,tapi kau faham-faham je lah keadaaan aku.


         Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa Su.ZU pun lama aku tak jenguk.Kesian Zu.Sorry bebanyak la Zu.Aku sekarang lambat balik kelas.Pukul dua tu pon kalau tak de kelas tambahan petang ataupun ko-ko.Kalau ade kelas petang harus aku terpeleot.Balik jer,lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah.Ala,kedai nasi lemak yang power tu.Lepas pekena nasi lemak, aku tak lengah terus tidur.Kadang-kadang sekejap,biasanya lama.Aku tahu,Zu.Dulu aku rajin jumpa kau time-time macam ni,tapi sekarang aku tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau.Aku tak de masa Zu.

           AS,kau sorang lagi kawan rapat aku dulu.Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni.Aku sibuk As.Petang-petang aku pergi library,study.Tak pun ada meeting time tu.Kau kan tahu,aku presiden kelab pengakap sekolah.Kejap-kejap ada program.Aku kena jaga anak-anak buah aku tu.Diorang tu bukan boleh diharap sangat buat kerja.Cakap jer pandai... kerja tak tahu nak buat,berborak pulak tu,bukan tahu nak sekejap mesti lajak sejam dua. Diorang ni kalau tak berborak lama,cakap kita ni skema.

            MAG,pun aku ingat-ingat lupa.Agaknya sebab engkau ni ganjil kot.Yang lain tak ganjil macam kau.Macam mana aku nak jumpa kau Mag.Sekarang ni,latihan bola sepak tengah giat.Coach nak pilih pemain-pemain handal jer untuk team dia.So,latihan dipanjangkan.Aku pulak,mestilah berlatih bersungguh-sungguh.Aku nak jadi pemain bola sepak sekolah.Kalau aku tak terpilih,malu besar aku.Mana aku nak letak muka aku ni,kawan-kawan aku ni semuanya kaki bola.Diorang semua balik lewat.Main sampai hari gelap.Kalau aku balik awal,alamat balik sorangla aku.Balik je dari main bola,aku terus mandi.Mana boleh mandi masa berpeluh,panau nanti.Agak-agak penat dah hilang,baru aku mandi. Lepas mandi,member-member ajak aku keluar makan.

                Aku tahu aku ada temujanji dengan IS malam ni,pukul lapan setengah.Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diorang cakap aku ni sombong la,macam-macam.Tu yang aku tak nak dengar tu.Dah tu kitorang lepas makan,sembang la pulak.Lepas satu topik,satu topik yang keluar.Balik lewat malam.Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member.

                 Is..... sorry.Last-last semuanya aku tinggalkan.Kawan-kawan aku semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan-kawan aku tu,SU,ZU,AS,MAG dan IS adalahSUbuh,ZUhur,ASar,MAGhrib dan ISyak.Hampa semua jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga.Mereka semua adalah kawan sejati kita sebenarnya dan akan menyelamatkan kita kat akhirat nanti.

~> SEMOGA CERITA REKAAN YANG TAKDE KAITAN DENGAN SESIAPA INI MENJADI PENGAJARAN DAN IKHTIBAR KEPADA KITA