Jumaat, 5 April 2013

CARA KOMUNIKASI YANG BERKESAN

 Assalamualaikum :) Cara komunikasi yang berkesan...
Boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda semua.. Insya Allah .. 
Komunikasi yang baik melambangkan siapa diri kita sebenarnya.. Kadang-kadang cara kita berkomunikasi boleh menyebabkan seseorang akan sakit hati atau terasa dengan diri kita..
Sebab itu ada pepatah, ''Lidah lebih tajam daripada pedang'' Jadi,berjaga-jaga ketika berkomunikasi dengan orang lain..
Kami ada sertakan sedikit panduan untuk anda.


Cara Komunikasi yang Berkesan  
1. Sahkan Kewujudan Seseorang
Berkomunikasi dgn cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain.
2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan
Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya @ usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.
3. Bahasa
Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.
4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita
Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi @ suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.
5. Menghargai Orang Lain
Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.

 Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain. Insya Allah :)
Wasalam.

Tiada ulasan: