Rabu, 26 Oktober 2011

BERDEBAR UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN ?



Assalamualaikum :)) Alhamdulillah, bersua kita sekali lagi. Insya Allah,kali ini UBK SMAKH akan berkongsi mengenai tips-tips menghadapi peperiksaan. Maklumlah peperiksaan SPM akan menemui pelajar-pelajar Tingkatan 5 tidak lama lagi, insya Allah. Sudah pasti para pelajar berdebar, resah gelisah, rasa tak tentu dan sebagainya kan ? Terutamanya bilangan hari hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum peperiksaan itu berlangsung. Kali ini UBK SMAKH ingin berkongsi tips-tips menghadapi peperiksaan. Insya Allah, anda semua akan dapat menjawab peperiksaan dengan tenang.Amin..




TIPS-TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1.Mengulangkaji Matapelajaran secara Berkesan
   ~ Beberapa minggu sebelum berdepan dengan peperiksaan,kita hendaklah membaca segala nota-nota ringkas yang telah diberikan oleh guru-guru.Kita hendaklah memberi sepenuh perhatian terhadap pembacaan kita (jangan pulak mata kearah pembacaan tapi minda tengah berkhayal,jangan yer ! nanti tak masuk,,).Cuba mengingati apa yang telah dibaca.Masa ini,bagi calon-calon peperiksaan,sudah tiada lagi erti menilik buku teks.Semua itu sudah disimpan kemas-kemas dalam minda kita.

2.Sebelum Menghadapi Peperiksaan Keesokan Hari
   ~Sebelum masuk tidur,periksa semua barang-barang yang perlu dibawa untuk keesokan hari seperti :
kotak pensil,slip peperiksaan,kad pengenalan diri,baju  sekolah,kasut,stoking dan lain-lain alatan yang perlu dibawa.Pastikan semua barang-barang tersebut sudah siap diletak di dalam beg sekolah dan sudah siap digosok(bersiap awal-awal,nanti takut terkial-kial apabila ada barang yang tertinggal atau  lupa  nak dibawa.Kan susah jadinya.).Sudah siap berkemas,baca dulu nota-nota ringkas.Sesudah siap semuanya,masuk tidur dan baca doa banyak-banyak serta tidur secukupnya.

3.Sebelum Menuju Ke Dewan Peperiksaan
   ~Bangun pagi dan melakukan sedikit senaman ringkas untuk merenggangkan semua sendi-sendi dan otot-otot badan.Sesudah selesai,pergi mandi bersihkan  diri untuk menyegarkan badan kita dan jangan lupa tunaikan kewajipan kita sebagai hambaNya dahulu.Bersiap-siap untuk ke sekolah (sebelum itu,jangan lupa bersarapan yer ! nanti perut kosong akan membuatkan kita tidak tenang untuk menjawab peperiksaan.Kan masalah jadinya.).Sebelum melangkah keluar daripada rumah,jangan lupa bersalaman dengan ibubapa tanda memohon restu dan mulakan dengan bismillah sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah.

4.Dalam Dewan Peperiksaan
   ~Masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh yakin.Mengambil tempat anda dan duduk dengan tenang dan selesa.Dengar arahan daripada pengawas peperiksaan.Berdoa.Baca arahan pada kertas soalan dan jangan lupa periksa maklumat diri pada kertas soalan.Jawab soalan yang senang dahulu dan pastikan semua soalan dijawab serta periksa kertas soalan anda selama beberapa minit.Selesai sahaja peperiksaan,kita digalakkan untuk tidak berbincang sesama  rakan mengenai soalan yang dijawab.Akhirnya,berserah dan bayakkan bertawakkal kepada Allah.


Itu sahaja UBK SMAKH dapat berkongsi serba sedikit maklumat mengenai tips-tips menghadapi peperiksaan. Jikalau ada terkurang sana sini, UBK SMAKH memohon maaf yer :)) Sesungguhnya segala kekurangan datangnya daripada UBK SMAKH sendiri dan segala kelebihan datangnya daripada Allah S.W.T. Dan UBK SMAKH mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca artikel ini.
<WASALAM>


1 ulasan:

Nuralya Farhana berkata...

terima kasih untuk tips2 tue,,