Sabtu, 29 Oktober 2011

KELEBIHAN BANGUN PAGI



Assalamualaikum.. alhamdulillah,bersyukur kehadrat ilahi kerana dipanjangkan umur oleh-Nya dapat UBK SMAKH berkongsi beberapa lagi maklumat untuk para "follower" pada hari ini. Kali ini,UBK SMAKH ingin berkongsi mengenai "Kelebihan Bangun Pagi".Seperti yang memang sudah diketahui oleh kita semua,sesetengah insan amat menggemari untuk bangun daripada tidurnya apabila matahari sudah tegak di atas kepala ::bak kata orang-orang tua lar:: baru nak bangun.Itu adalah tabiat yang amat sukar untuk dielakkan oleh insan-insan di luar sana.Oleh disebabkan tabiat ini seperti sudah menjadi satu perkara yang bukan lagi luar biasa kepada umum,maka dengan itu,UBK SMAKH bagaikan tergerak hati untuk berkongsi "Kelebihan Bangun Pagi" kepada anda semua.Semoga dengan adanya artikel ini,anda semua dapat menjadikannya sebagai amalan baru untuk kehidupan anda. :))


Kelebihannya ::



::Dapat Bersenam~
   Kita dapat menghirup udara yang segar pada waktu pagi.Aktiviti ini dapat mmberikan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian.Dengan sedikit masa walaupun sekadar 5 minit untuk melakukan senaman,ia boleh menjadikan tubuh badan kita lebih bertenaga.



::Bersarapan Awal~
   Bersarapan pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan. Dengan bersarapan,tenaga dapat dijana untuk bekerja,belajar dan berfikir. Selain itu, sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah diri kita daripada masalah kegemukkan. Sebab itulah Nabi Muhammad S.A.W mensunatkan kita supaya bersahur ketika Bulan Ramadan.


::Emosi Yang Stabil~
   Cuba kita lihat, kebanyakkan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat.Untuk siapkan diri ke tempat kerja jugamengambil masa yang agak terlalu lama.Sesudahannya mereka terlewat dan terperangkap dalam kesesatan lalu lintas,kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi pula oleh pihak atasan.Hasilnya emosi kita akan terganggu dan gagal untuk melaksanakan kerja dengan baik.



::Dapat Menyelesaikan Tugasan Dengan Segera~
  Bagi seorang ibu yang bekerjaya,bangun awal pagi memberi ruang masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak.Bagi seorang pelajar pula,dengan bangun awal pagi mereka boleh mengulangkaji pelajaran kerana pada waktu sebegini pelajaran mudah masuk dan diingati oleh minda pelajar.Begitu juga bagi suami yang bangun awal,mereka dapat mengejutkan isteri dan anak-anak untuk solat subuh secara berjemaah.



::Menyambut Hari  Baru~
  Diberi keizinan untuk memulakan hari baru ialah nikmat yang tidak ternilai harganya.Bayangkanlah seandainya kita tidur untuk selama-lamanya.Maka bersyukurlah kita kerana masih dikurniakan lagi nafas untuk memulakan hari baru untuk menikmati udara pada awal pagi.



::Produktiviti Kerja Lebih~
  Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan yang telah dilaksanakan pada awal pagi,ia mampu memberikan hasil kerja yang dilakukan lebih baik tanpa gangguan yang tidak diingini.

Itu sahaja yang dapat UBK SMAKH kongsikan bersama anda semua.Semoga dengan terhasilnya artikel ini,anda semua boleh mengubahkan diri anda daripada seorang yang suka bangun lewat kepada bangun pagi yer ! Banyak kelebihannya.Insya Allah,anda akan menjadi lebih segar dan bersemangat untuk memulakan hari anda.Sekian,Salam sayang daripada UBK SMAKH.

<WASALAM>

2 ulasan:

lysa akyra berkata...

alhamdulillah..terima kasih atas notis..cadangan sy mgkin admin boleh menambah kelebihan dr aspek agma dan kesihatan ^^ ..cadangan shj sbb mgkin info ini berguna dan rmai org mgkin tertarik dgn informasi spt ini ~_~

ubk_sma khairiah berkata...

terima kasih krn saudari sudi tinggalkan kome saudari di sini.
insya allah,pihak kami akan menimbangkan adangan saudari tersebut.terima kasih :)