Sabtu, 29 Oktober 2011

NAK KOMUNIKASI DENGAN BERKESAN??




 Assalamualaikum.. Nak komunikasi dengan berkesan?? Ya ! Kali ini UBK SMAKH amat berbesar hati ingin berkongsi serba sedikit mengenai "Tips-Tips Cara Berkomunikasi Yang Lebih Berkesan" kepada anda semua.Dalam berkomunikasi juga ada tips-tipsnya.Bukan mudah untuk kita berkomunikasi dengan orang ramai terutamanya insan-insan yang paling dekat dengan kita.Dalam berkomunikasi dengan orang ramai amat penting supaya orang yang berkomunikasi dengan kita itu tidak mengambil hati atau berfikiran negetif terhadap kita dengan apa yang telah dilakukan terhadap mereka.Dengan itu,kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika berkomunikasi.



::TIPS-TIPS CARA BERKOMUNIKASI YANG LEBIH BERKESAN::

1. Sahkan Kewujudan Seseorang !
    ~Berkomunikasi dengan cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi seperti memandang kearahnya.Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan dan dipinggirkan oleh orang lain.


2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan !
    ~Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya dihargai. Ini amat penting kepada para pemimpin kerana pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.


3. Bahasa !
    ~Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.


4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita !
    ~Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi atau suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.


5. Menghargai Orang Lain !
    ~Banyak cara untuk menghargai orang lain. Antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.


Insya Allah,dengan adanya tips-tips yang telah dikongsikan ini akan dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi dengan orang lain terutamanya insan-insan yang paling dekat dengan kita supaya ianya menjadi satu tauladan dan lebih berkesan serta dapat meyakinkan orang lain. Insya Allah....
Sekian sahaja daripada UBK SMAKH.Insya Allah,UBK SMAKH akan berkongsi lagi beberapa maklumat untuk anda semua.Salam sayang daripada UBK SMAKH :)

<WASALAM>

Tiada ulasan: